HARTA MUSLIM MANAGEMENT SDN BHD adalah sebuah syarikat yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965 bertujuan bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia dalam merancang dan mengagih harta serta memudahkan urusan pentadbiran pusaka. HARTA MUSLIM MANAGEMENT SDN BHD juga berfungsi untuk memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat melalui penyampaian ilmu dari pakar terpilih.
MATLAMAT
- Menyediakan perkhidmatan berlandaskan syariah dan undang-undang agar ianya dapat melindungi orang tersayang serta mengagih harta dengan bijaksana.
- umat Islam amatlah digalakkan membuat perancangan dan pengurusan harta kerana dalam rezeki seseorang ada hak orang lain dan setiap manusia perlu mengelakkan dirinya daripada memakan harta secara haram.
- Perancangan harta yang bijak mampu memberikan kemudahan dan keselesaan kepada waris atau mereka yang menikmati harta tersebut. Jika tiada perancangan atau tidak diurus dengan bijak, ia akan menimbulkan kesulitan kepada waris-waris terutama dalam keadaan pemilik harta meninggal dunia dan mempunyai liabiliti yang belum dilangsaikan sebelum kematiannya.