Hari ini kami bersiaran di masjid Ar Rahman Permatang Rambai, Penaga. Telah diadakan sedikit taklimat…
MoA Wakaf Pulau Pinang bersama Harta Muslim
.
Alhamdulillah Harta Muslim telah selesai menandatangani MoA bersama Wakaf Pulau Pinang (WPP) pada hari Jumaat 1 Julai 2022.WPP diwakili oleh Cik Nurul Syafiqah merangkap Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan,Penerbitan Dan Kelestarian Wakaf.
Halatuju MoA ini adalah untuk memperkasakan instrumen wakaf di Pulau Pinang demi pembangunan umat Islam di negeri.Selain itu,dengan terjalinnya kerjasama ini,Harta Muslim dapat mempelbagaikan lagi perkhidmatan yg ditawarkan sekaligus dapat memudahkan urusan para pelanggan kami.Kini anda boleh berwakaf terus melalui Harta Muslim!
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CEO WPP Tuan Haji Rosidi dan seluruh warga kerja WPP atas peluang dan kepercayaan yg diberikan dalam membentuk usahasama ini.
Moga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak inshaAllah.
This Post Has 0 Comments