Skip to content

Apa itu Wasiat ?

Apa itu Wasiat ?

[stm_post_details]

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayat ke atas hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya bagi maksud kebajikan yang dibenarkan menurut Hukum Syarak.

Ramai di kalangan umat Islam menganggap tiada kepentingan menulis wasiat kerana kita sudah ada sistem faraid yang akan membahagikan bahagian untuk setiap waris. Maka tidak hairanlah, kesedaran dalam penulisan wasiat masih rendah di kalangan umat Islam.

  • Wasiat pula bukan hanya semata-mata untuk pembahagian harta, ia juga untuk penyelesaian hutang si mati dengan meninggalkan pesanan kepada waris. Pengurusan harta pusaka perlu dibuat dengan berhemah, bagi mengelakkan sebarang pergeseran di kalangan ahli keluarga yang seterusnya dapat memutuskan hubungan silaturrahim.
  • Selain daripada itu, ada waris yang tidak menuntut harta pusaka kerana tidak tahu berkenaan status harta tersebut. Inilah sebab pentingnya penulisan wasiat kerana si mati akan memperincikan harta kepunyaannya untuk pengetahuan semua waris. Ada juga di kalangan kita yang tidak menulis wasiat kerana tidak tahu prosedur penulisan wasiat dan dekat mana ianya perlu dirujuk.
[stm_sidebar sidebar=”527″]