👉Hibah harta adalah salah satu cara terbaik untuk merancang pembahagian aset semasa hidup. Ia sering…
Hibah Dalam Islam
Hibah Dalam Islam
[stm_post_details]Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.
Hibah dari segi istilah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:
- Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
- Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
- Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
- Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
- Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu
Hukum dan pensyariatan Hibah
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaplagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).
[stm_sidebar sidebar=”527″]