Skip to content

“Air Mata di Pusara: Kisah Harta yang Tak Tersusun”.

Saat jenazah Pak Abu diturunkan ke liang lahad, air mata Mak Jah mengalir tanpa henti. Bukan hanya kerana kehilangan suami tercinta, tetapi juga kerana dia tahu, selepas ini ujian sebenar akan bermula.

Rumah yang didiami sejak awal perkahwinan, tanah sekangkang kera yang menjadi punca rezeki, dan sedikit wang simpanan – semuanya kini tertakluk kepada faraid. Mak Jah hanya mendapat bahagian kecil, manakala selebihnya perlu dikongsi dengan ahli keluarga lain.

Anak sulung mereka, Fatimah, ingin mempertahankan rumah mereka, tetapi pakcik-pakcik dan saudara mara lain turut menuntut hak masing-masing. “Ini harta arwah, kita semua ada bahagian,” kata mereka.Ini kerana arwah Pak Abu hanya mempunyai anak perempuan dan ayahnya juga telah meninggal dunia.

Dalam sekelip mata, rumah yang penuh kenangan itu perlu dijual. Mak Jah terpaksa menumpang di rumah anak-anak, manakala adik-adiknya mula bertelagah. Hanya kerana harta yang tidak dihibahkan lebih awal.

Jangan biarkan kisah ini berulang dalam keluarga anda. Rancang hibah sekarang, supaya waris yang anda tinggalkan tidak menderita selepas pemergian anda.

📩 Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA!

www.hartamuslim.com

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *