Dalam Islam, faraid adalah satu ketetapan Allah yang adil dan wajib dipatuhi. Namun, sebagai ibu…
“Jangan Biarkan Pusaka Menjadi Asbab Perpecahan”
🕯️Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, dan setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Allah SWT.
🕯️Namun, apa yang kita tinggalkan setelah kita tiada sering menjadi ujian buat keluarga yang ditinggalkan.
🕯️Tanpa pengurusan pusaka yang baik, ia boleh menjadi punca perpecahan dalam keluarga.
🕯️Berapa ramai keluarga yang hilang keharmonian selepas pemergian insan tersayang, hanya kerana harta pusaka tidak diurus dengan betul?
🕯️Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain kecuali dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Ahmad).
🕯️Tetapi bila pusaka tidak diurus, pertikaian, perebutan, dan ketidakadilan berlaku, hingga memutuskan silaturahim sesama waris.
🕯️Lebih menyayat hati, anak yatim dan ahli keluarga yang memerlukan sering dinafikan hak mereka, sedangkan Allah SWT telah menetapkan pembahagian yang adil melalui hukum faraid.
🕯️Harta yang ditinggalkan pula terbengkalai, akhirnya memberi beban kepada waris, bukan manfaat.
🕯️Jangan biarkan perkara ini berlaku kepada keluarga kita.
🕯️Uruskan harta pusaka dengan amanah dan mengikut syariah.
🕯️Jadikan pengurusan pusaka sebagai ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah SWT dan menyelamatkan keluarga kita di dunia serta akhirat.
www.hartamuslim.com
This Post Has 0 Comments