Skip to content

ANTARA SEBAB-SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA TERBEKU DAN TIDAK DIAGIHKAN DENGAN ADIL

1. Kos pentadbiran harta pusaka yang tinggi. Waris2 tidak mampu menyediakan modal kos pentadbiran, atau tidak mahu berkerjasama. Jika kos pengurusan (katalah) RM15,000 siapakah yg akan mengeluarkan modal utk menjalankan kos pentadbiran? Part ini pun banyak yg FAILED.

2. Waris bertelagah sesama sendiri dan tidak mendapat kerjasama untuk melakukan pentadbiran. Pernah jumpa keluarga yg bermasam muka dan bergaduh sepanjang hayat kerana berebut harta?

3. Sukar untuk mendapat seorang wasi yang berkelayakan terutamà bagi harta pusaka melebihi 2 juta ringgit. Maksudnya, jika keseluruhan harta arwah 2 juta, perlu ada 2 penjamin yg aset mereka pun 2 juta. Bukan mudah kan utk mencari penjamin?

3. Ramai waris tidak faham bagaimana hukum faraid dilaksanakan. Ada org kita yg amik mudah soal halal haram dalam bab harta pusaka termasuk harta anak yatim, harta bathil.

4. Tidak faham proses dan undang2 untuk melaksanakan setiap aset yang menjadi harta pusaka. Semakin bertangguh akan menjadi semakin rumit.

5. Tidak membuat perancangan semasa masih hidup, dengan beranggapan Faraid boleh menyelesaikan segala2nya. Faraid adalah hukum Allah tetapi bukan mekanisma perlaksanaan.

9/10 dari umat Islam di Malaysia, tidak menulis wasiat atau membuat perancangan harta pusaka.

Pesanan ikhlas daripada saya
“Jangan gaduh-gaduh,rancang harta anda bersama kami di Harta Muslim”

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *