👉Hibah harta adalah salah satu cara terbaik untuk merancang pembahagian aset semasa hidup. Ia sering…
Faraid dah ada jadi tak perlu merancang pembahagian harta?
Bila kita berbicara tentang perancangan harta pusaka,kebanyakan masyarakat akan berkata, “Apa susah-susah sangat nak rancang harta pusaka?Faraid kan dah ada?Mati nanti ,waris saya terus boleh faraidkan segala harta saya!”.Ya betul,memang faraid ada,tapi mungkin kita terlepas pandang bahawa faraid merupakan peringkat terakhir sekali dalam tertib pengurusan harta pusaka.Ini bermakna sesuatu harta pusaka tak akan dapat difaraidkan selagi mana urusan pentadbiran dan pengurusannya belum selesai.Kalau betul faraid sahaja boleh selesai masalah,kenapa umat Islam hari ini masih bergaduh dan bertelagah disebabkan harta pusaka?Malah,ada juga yang sanggup memutuskan silaturrahim disebabkan perebutan harta pusaka,dan ada juga yang sanggup menganiaya anak yatim dengan memakan harta mereka secara batil tanpa sedar.
Demi masa depan,demi kebajikan dan kebaikan waris yang bakal kita tinggalkan,bersegeralah kita membuat perancangan harta pusaka.Jangan sampai harta kita pula menjadi musibah dan mudharat kepada kita dan waris gara-gara kita memandang remeh persoalan perancangan harta pusaka.Usahakan sebaik mungkin untuk merancang dan mengagih harta pusaka dalam tempoh sependek mungkin,agar tidak menjadi sebab pertelingkahan keluarga selepas kita mati nanti.Rancang awal…
#hartamuslim
#elakbertangguh
#celikpusaka
This Post Has 0 Comments