👉Hibah harta adalah salah satu cara terbaik untuk merancang pembahagian aset semasa hidup. Ia sering…
Formula dalam mengurus harta pusaka
- Hendaklah menyegerakan pengurusan pusaka si mati dan jangan bertangguh-tangguh kerana bukankah Allah SWT telah menegaskan agar kita bersegera dalam membuat kebaikan.Memastikan waris mendapatkan hak yang layak adalah satu kebaikan.Oleh itu,segerakanlah mengurus pusaka si mati.
- Hendaklah banyak berbincang dan bermusyawarah kerana musyawarah bukan setakat dituntut oleh Allah SWT,bahkan banyak kebaikan yang kita akan perolehi dari musyawarah.Oleh itu,banyakkanlah bermusyawarah sesama waris yang berkenaan.
- Hendaklah segera mendapatkan kata sepakat sesama waris yang berhak tentang pembahagian pusaka sebelum tuntutan dibuat di mana-mana pejabat berkenaan.Sama ada bersetuju pembahagian pusaka secara:
- Faraid
- Sama rata
- Mengikut persetujuan seperti rumah untuk anak sulung dan seumpamanya
- Penolakan dan pelepasan hak seperti anak sulung tidak mahu menuntut haknya dari pusaka ayah dan seumpamanya.
- Menyerahkan hak kepada yang berkenaan seperti anak-anak melepaskan hak mereka kepada ibu sementara ibu masih hidup.
- Hendaklah dibuat secara bertulis (hitam putih) kerana ia akan memudahkan pengurusan pusaka di pejabat berkenaan.Apa yang dipersetujui hendaklah:
- Ditulis dalam bentuk surat persetujuan dan surat perjanjian
- Ditulis secara rasmi dan kemas
- Dapatkan cop akuan sumpah dari pihak berkenaan
- Hendaklah menyegerakan pembahagian pusaka apabila pihak berkenaan telah mengeluarkan apa-apa perintah pembahagian pusaka.Contohnya:
- Menyegerakan proses penukaran nama kepada waris yang berkenaan
- Sekiranya bersetuju untuk menjual harta tersebut,maka carilah pembeli.
- Sekiranya sudah selesai proses jual beli,maka serahkan hak tersebut kepada waris yang berkenaan.
Segeralah berbuat yang sepatutnya terhadap harta pusaka demi menjaga hubungan antara ahli keluarga.Dasar hukum faraid ialah keadilan dan kasih sayang sesama keluarga.
This Post Has 0 Comments