👉Hibah harta adalah salah satu cara terbaik untuk merancang pembahagian aset semasa hidup. Ia sering…
Faraid-Ilmu yang semakin dilupakan?
Sabda Rasulullah SAW:
“Pelajarilah ilmu faraid serta ajarkan ia kepada orang lain. Kerana sesungguhnya aku ini akan dicabut nyawa (mati) dan ilmu tersebut juga akan dicabut oleh Allah SWT. Lalu akan timbullah fitnah harta (huru-hara) sehingga nanti akan ada di kalangan dua orang yang berselisih tentang pembahagian harta pusaka dan mereka sendiri tidak tahu siapakah yang akan dapat menyelesaikan masalah mereka”.
(Hadis Shahih riwayat Al Hakim,Al Baihaqi dan Abdullah bin Mas’ud)
Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menyarankan kita mempelajari ilmu faraid dan mengajarkannya kepada orang lain.Dalam erti kata lain, kita disuruh dan digalakkan mempelajari serta mengamalkan ilmu faraid.
Apabila ilmu faraid telah dicabut oleh Allah SWT,maka tidak ramai yang ahli dalam ilmu ini.Apabila sudah tidak ramai yang tahu mengenainya,maka akan berlakulah pelbagai fitnah harta pusaka.
Jadi kita dapat bayangkan betapa dahsyatnya fitnah harta pusaka apabila tidak diurus mengikut cara dan landasan yang betul.Saban hari kita sering didedahkan dengan cerita-cerita negatif berkaitan harta pusaka.Jadi, rancanglah awal urusan pembahagian harta anda.Elakkan perbalahan dan menyusahkan waris anda kelak.
Sudahkah anda buat perancangan pengurusan harta anda?Rancang awal…Elak bertangguh!
This Post Has 0 Comments