👉Hibah harta adalah salah satu cara terbaik untuk merancang pembahagian aset semasa hidup. Ia sering…
Fitnah harta pusaka
Boleh dikatakan bahawa rata-rata umat Islam di negara kita hari ini menghadapi masalah harta pusaka yang belum selesai,yang berpunca dari masalah yang pelbagai.Antara puncanya ialah:
Pusaka datuk atau nenek kita yang masih belum selesai dan ia diwarisi oleh ibu bapa kita
Pada peringkat ibu bapa kita pun tidak selesai,maka ia akan turun ke peringkat kita
Sampai di peringkat kita,kita tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya
Apabila kita tidak dapat menyelesaikannya, sudah pasti ia akan diwariskan ke peringkat anak-anak dan seterusnya ke cucu dan cicit kita. Lebih malang lagi, jika kata-kata yang keluar dari mulut mereka ialah,”Kami pun tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah pusaka ini”
Jelaslah, satu lagi kelemahan kita ialah suka melengah-lengah atau melambat-lambatkan proses pengurusan pusaka.Maka benarlah maksud hadis Rasulullah SAW tentang fitnah ‘harta’ yang mana hari ini boleh kita terjemahkannya kepada perbalahan sesama keluarga,pertelingkahan sesama saudara dan yang seumpamanya yang berterusan ke generasi anak,cucu,cicit dan seterusnya.
Oleh itu, ilmu faraid tidak boleh dipandang remeh kerana ia dapat membantu kita mengetahui hak-hak yang ditetapkan Allah serta cara pelaksanaan mengikut landasan syariat yang betul.Semoga dengan asbab usaha kita untuk pelajari dan membicarakan ilmu faraid ini kita dapat terselamat dari belenggu serta kemelut harta pusaka.Jadi jangan berlengah,uruslah harta anda ketika masih hidup.Pengurusan harta pusaka yang baik akan memastikan harta yang ditinggalkan dapat memberi manfaat kepada waris.
This Post Has 0 Comments