👉Hibah harta adalah salah satu cara terbaik untuk merancang pembahagian aset semasa hidup. Ia sering…
Harta Sepencarian
Harta Sepencarian
[stm_post_details]Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian?
Harta sepencarian ialah suatu harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta itu juga termasuklah harta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin tetapi telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan hasil usaha bersama atau sumbangan bersama mereka.
Apakah perkara yang diambil kira dalam menentukan harta sepencarian?
Harta sepencarian yang diperoleh dalam masa perkahwinan itu dinilai dari dua perkara iaitu:
- sumbangan secara langsung sumbangan secara langsung bermaksud pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah sama-sama memberikan sumbangan mereka dalam memperoleh aset dan harta berkenaan. Pasangan ini sama-sama mengeluarkan modal dan wang bagi membeli aset dan harta berkenaan. Sebagai contohnya, pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing, telah sama-sama membeli aset dan harta berkenaan secara ansuran yang pihak suami telah membuat bayaran pendahuluan dan pihak isteri pula membuat bayaran ansuran bulanan. Mereka berkongsi bersama-sama dan memberi sumbangan wang, modal dan sebagainya secara langsung daripada pendapatan mereka bersama.
- sumbangan secara tidak langsung sumbangan tidak langsung bermaksud suatu sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetapi mendatangkan dan menghasilkan harta atau aset tertentu. Sumbangan ini, sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta dan aset itu.
Sebagai contohnya, pihak suami bekerja dan berpendapatan tetap bulanan telah dapat membeli beberapa aset dan harta secara bayaran ansuran manakala pihak isteri tidak bekerja tetap tetapi memberikan sumbangan dengan menjaga keluarga, membina rumah tangga, memelihara anak-anak dan menunaikan tanggungjawab perkahwinan mereka sehinggakan pasangan ini telah berjaya memiliki aset dan harta tersebut dalam tempoh perkahwinan mereka. Walaupun pihak isteri tidak memberikan sumbangan modal dan wang dalam memiliki aset dan harta, pihak isteri ini dianggap telah memberikan sumbangan secara tidak langsung terhadap pemilikan aset dan harta tersebut.
Siapakah yang berhak menuntut harta sepencarian dan bilakah tuntutan boleh dibuat? Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri atau ahli waris –
- semasa tuntutan poligami;
- selepas perceraian; atau
- selepas kematian pihak suami atau isteri (oleh ahli waris).
[stm_sidebar sidebar=”527″]